The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Sunday, December 5, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam mengisi masa lapang dan sangat terluang ni, saya sangat suka menghabiskan masa dengan membaca novel-nove islami. Mungkin peredaran masa kot, kini saya lebih suka karya-karya seperti ini. Yg pasti kini saya mempunyai beberapa koleksi novel hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis muda yang sangat berbakat dan yang penting message dakwah yang disampaikan sangat mudah untuk difahami dan terlekat dihati. Setakat ini saya mempunyai 3 novel beliau dan saya sedang mencari hasilnya yang lain. Hasil pembacaan bukan setakat saya seorang sahaja yang tahu, tapi akan saya smpaikan pada rakan-rakan yang sememangnya sedang mencari sesuatu bahan untuk mengisi masa mereka.

Ok kita bkenalan dengan Novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yea..


Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.


Saya terpaut pada kata-kata ini yang saya ambil dari iLuvislam.com:


Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan penulis ini kesempatan untuk berkarya yang mana setiap karya beliau banyak mendidik,memotivasi serta mengajak kepada sunnah Nabi SAW.Setiap novel beliau yang saya ikuti bukanlah sekadar novel biasa mahu pun novel cinta semata.Penulis pernah dinobatkan sebagai novelis sayembara mengarang novel Remaja DBP 2006.

Karya penulis ini adalah buah tangan beliau selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.Jesteru itu sedikit sebanyak pengalaman beliau berjaya dikongsi bersama dalam menghidupkan watak di dalam karya beliau kali ini,malah bagi saya sendiri seolah-olah watak dalam karya beliau kali ini adalah seperti jalan hidup penulis(fatimah syarha) sendiri sehingga ke alam perkahwinan.


sweet kan pasangat nie, semoga bertemu jodoh mcm nie juga utk saya :)

Penulis juga sedikit sebanyak berkongsi sunnah-sunnah dialam perkawinan di dalam karya kali ini dan juga panduan-panduan terhadap para isteri dan juga para suami serta para bakal suami isteri. Karyanya punya perbezaan dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, unik,tersendiri dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.

Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Setiap helaian dan setiap kata punya makna dan signifikannya kerana saya merasakan tulisan ini terbit dari hati dan jiwa yang murni. Ibarat menulis diari. Tulisan yang terbit dari hati. Keikhlasan menulis itu akan dapat dirasai oleh orang yang membacanya. Dari hati turun ke hati.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Saya kira 'pelaburan' yang anda lakuka untuk membaca buku ini tidak akan sia-si. Pelaburan itu pasti berbaloi malah akan mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri.

Bagi mereka yang sibuk, ambillah masa untuk membacanya juga. Tidak lama. Pengalaman saya, masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, saya sarankan kepada anda sekalian, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, saya yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.


Secara kritikalnya, tidak dinafikan ada terdetik di hati saya, kisah ini ‘terlalu sempurna’. Masih wujud lagikah golongan seperti ini pada zaman moden ini? Namun, cerita ini mungkin jauh dari dunia realiti yang kita lihat hari ini. Tapi andai dapat kita sematkan dalam diri prinsip mengejar keredhaan Ilahi sebagai pasak dan tunjang dalam diri, hidup hanya berdasarkan syariat yang benar bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi antara kita nak atau tak.

Teringat akan hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa kehidupan islam itu pada satu masa akan menjadi asing sekali berbanding kelompok manusia yang lain.

Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari. Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini..

**Creadit to Fatimah Syarha. Semoga usahamu diberkati-Nya, Ameen..


Saturday, December 4, 2010

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1432




Assalaamu’alaikum wr wb

Doa Awal Tahun (dianjurkan dibaca pada awal tahun hijriah, yakni 1 Muharram, setelah shalat maghrib), berikut ini doanya:




Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah Swt. senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (dahulu) lagi awal dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan kedermawananMu tempat-tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami mohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

Semoga Allah Swt. senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan para sahabatnya.

Doa Akhir Tahun (dianjurkan dibaca pada akhir tahun hijriah, yakni pada tanggal 29/30 Dzulhijjah, setelah shalat ashar). Berikut ini doanya:



Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah Swt. melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah kukerjakan selam tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku, dan Engkau telah mengajakku bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, aku mohon ampunanMu dan berilah ampunan kepadaku dengan kemuarahanMu. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad saw., beserta keluarga dan para sahabatnya.

Semoga Allah Swt memberkahi kita semua dan memudahkan segala urusan kita. Tahun 1430 H sudah meninggalkan kita dan tahun 1431 H kita awali dengan niat dan doa serta berharap kehidupan kita kian lebih baik lagi. Bagi pribadi kita, keluarga kita, kaum muslimin, dan dakwah serta perjuangan penegakkan Islam.


Wallahua'lam..doa di atas diambil oleh saya pd blog yg terlupa untuk saya sertakan add nyer. Mohon share yea :)




Thursday, November 25, 2010

10 Rules for getting along with people


1.Remember their names

2.Be comfortable to be with. Don’t cause strain in others


3.Try not to let things bother you. Be easygoing


4.Don’t be egotistical or know-it-all

5.Learn to be interesting so that people will get something stimulating from being with you

6.Eliminate the “scratchy” elements in your personality, traits that can irritate others


7.Never miss a chance to offer support or say “Congratulations”

8.Work at liking people. Eventually you’ll like them naturally

9.Honestly try to heal any misunderstandings and drain off grievances


10.Develop spiritual depth in yourself and share this strength with others.


- Norman Vincent Peale

: : Ukwah : :

Rasa dah lama saya tak update blog nie..ambil masa sikit untuk buat kerja-kerja lain disamping meneruskan hal-hal harian samada bersama keluarga atau rakan-rakan.
Nak mula tang mana ye..ok lets start with family. Ingat lagi saya balik kampung untuk menghadiri kenduri tahlil yang dibuat di rumah Kak Ngah di Rasa, Hulu Sngor. Bila seharian bersama diri sendiri dan rakan-rakan terasa rindu sangat untuk tautkan kembali ukhwah keluarga. Hidup ini kalau tidak berkeluarga dan asyik fikir hak kerja tak akan kemana pon. Jadi elok lah peruntukkan masa untuk bertanya kabar dan beramah mesra bersama keluarga.

Walaupun asalnya saya lambat sikit masa smpai dirumah, tapi saya berpegang pada prinsip 'better late than never rite?' haha..sekurang-kurangnya tidak lah saya berasa bersalah sangat even sampai untuk buka mulut saje :p
Jadi pada hari tue sibuk lah, saudara mara sebelah abg ipar saya dengan memasak, kanak-kanak bermain2..pelbagai ragam. Terbit dalam hati saya sekiranya masih berpeluang saya ingin meneruskan amalan ini kepada waris-waris akan datang. Ikatan ukhwah keluarga tue penting..jika tidak terasa hidup kat dunia nie seperti abuk yang berterbangan disana sini, bile melekat pada manusia ditepuk-tepuk dan kemudian melayang kembali tanpa arah tuju..(opss..bidalan mana nih, cam x penah dgr jek..kihkih).

ok jom scroll ke bawah sikit untuk tengok gambar yang sempat di snap oleh saya..

hehe..calon-calon nyer..rajin adik kita eh

sempooii..makesure everything is hygine young lady :p

rajin nyer cikgu nadia & yang eh..ehehe calon menantu

opstt..seksi la die..

so inilah antara program yang menghiasi diari saya sepanjang bulan oktober lalu..yang lain malas da nak citer sbb terlepas banyak siri..ngeee..jadi moral of the story; 1. walau sibuk mana pon kita peruntukkan masa bsama keluarga. 2. dimana pon kedudukan jgn lupa ukhwah sepanjang hayat ini..

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya...

Wednesday, October 27, 2010

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullahh SAW


Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam…


share dr : http://nursyirah.wordpress.com/2010/08/04/true-story-pelajar-uia-bermimpi-bertemu-rasulullah-saw/

Sunday, October 3, 2010

Mutiara Kata 1

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Thursday, September 9, 2010

Salam Satu Syawal 2010



9/9/2010 - sehari sebelum hari raya..

Syahdu terasa bila memikirkan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini bakal melabuhkan tirainya pada Maghrib nanti. Ya Allah terlalu banyak lagi peluang yang belum aku rebut untuk hartaku di akhirat..sayu :(

Pagi ini dengan keadaan malas dan tiada mood bekerja, saya terpaksa bangun juga. Duduk seorang diri di rumah kuarters guru ini, semuanya sunyi. Apakan tidak semua cikgu-cikgu sudah bercuti bermula pada 6/9/2010. Hurmm.. termasuklah tuan rumah ini iaitu Abg Ipar dan Kak Ina..huhu. Nasib ada telefon yang sentiasa menemani tuannya walau dimana berada. Dapat juga mengubat perasaan ini bila ia kerap berbunyi dengan panggilan dan sms 'sahabat'..terima kasih ye, kerana anda sangat-sangat memahami perasaan 'sahabat' anda disini. Setiap masa anda menemani saya, amat dihargai perasaan kasih sayang yang anda tunjukkan pd saya itu :))..

Bercerita pasal 'sahabat', dia pon dah mula bercuti dan pulang ke kampungnya. Alhamdulillah 2.33pagi mengirimkan sms memaklumkan dia smpai kerumah dalam keadaan selamat dan ingin solat terawih sendiri kerana tidak sempat sepanjang perjalanan malam tadi di atas bas. Moga amalanmu diberkati 'sahabat'. Walau dimana kita berada, ambil la kesempatan walau sedikit untuk merebut peluang yang Allah berikan ganjaran berlipat kali ganda.

Baik kita lupakan kisah 'sahabat'. Pagi ini saya memandu seperti biasa dari Cheras ke Shah Alam melalui laluan KESAS. Alhamdulillah jalan lengang dan tidak jem seperti biasa..saya terdetik, kalau lah KL seperti ini setiap hari alangkah nikmatnya. Tidak perlu bersesak-sesak, dan makan hati dengan gelagat dan ragam warga KL yang macam samseng di jalanan. Sentiasa mahu cepat dan tidak menghormati orang lain..aduh..berubahla untuk kebaikan kita bersama. Saya pon sentiasa menasihatkan diri belajar la dari kesilapan, sekiranya kena saman bermakna itu adalah peringatan dari Allah supaya belajarla bersabar..(yang ini ditujukan utk diri yang telah disaman sebelum ini..huhu).

Sampai sahaja di Bangunan Sultan Idris Shah, saya meninjau parking kereta..uuhhh banyak sekali yang kosong. Iyelaa di bangunan SIS ada MAIS, JAIS, PEJABAT MUFTI, LEMBAGA ZAKAT SNGOR..tue yang selalu berlegar-legar mencari parking. Belum lagi ditambah dengan mahkamah yang bakal siap ni. Alamatnya ada yang terpaksa parking di Masjid Negeri pula :)
Masuk sahaja dalam pejabat, semua muka senyum ketupat..haha nasib belum basi lagi. Bahagian saya, Pengurusan Sumber Manusia adalah dalam 5 orang dari 14. Muka saya ni dah tahun kedua bekerja sehari sebelum raya. Tidak mengapalah, kita bagi pada kakak dan abang yang bekeluarga dulu bercuti. Adik-adik lepas raya nie memang lama la cutinya..ngeeee..

So..planning kali ini, saya akan pulang pada pagi subuh ke kampung seperti tahun lepas. Alahai Hulu Selangor bukan jauh sangat pon. Bukan tak nak balik malam nie, tapi rasanya dah terbayang2 jalan yang jem. Kalau esok pagi memang confirm lengang. Saya akan pastikan sampai sebelum sembahyang hari raya. Sebab nak solat di masjid kampung bersama-sama mereka. Saya dah terbayang-bayang masakan apa di pagi raya. Biasalah kalau dah darah Jawa, makanan lontong, nasi impit wajib ada..huhu Kak Long memang teror dalam bab ni. Time nie la saya paling sayang kat along..huhuhu...terharu kalau Along dengar..hee hee

Ok kawan-kawan semua, Salam Satu Syawal yea.. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin! :-))



Wednesday, September 8, 2010

Diet


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1) Jangan makan SUSU bersama DAGING

2)Jangan makan DAGING bersama IKAN

3)Jangan makan IKAN bersama SUSU

4)Jangan makan AYAM bersama SUSU

5)Jangan makan IKAN bersama TELUR

6)Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

7)Jangan makan SUSU bersama CUKA

8)Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan). Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Yang Tertutup Itu Indah



Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Tuesday, August 31, 2010

Puteriku Sayang

Dari dulu hingga kini..lgu ini sntiase ada di hati..

p/s : pd rakan2 yg pernah dpt lgu nie dari sy, ini adalah penghargaan terindah sebenarnya akan peribadimu :)

Dari Tautan Hati


KEBEBASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

" Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Sajak yang menarik untuk dihayati…

Monday, August 30, 2010

Sahabat

Opsstt..interprem sat..nak??..hihi

C'dah..sopan, alim & mesra!..hee
Yaya.. neutral beauty queens :)

Puan Norisa..still maintain ye ank dh 2!
Cik Fatin - super trainer from AADK SP..hehe
Ana wif her lovely gurl (Mia)


K' Yana - cikgu yg comel..

Antara sahabat yang terbaik pernah singgah di hati ini untuk selamanya..di dunia dan akhirat..

Terkadang, perjumpaan dua orang kekasih dapat menitikkan air mata kerana haru dan bahagia. Sering, perpisahan menyebabkan banjirnya wajah dengan air mata pula, oleh sebab kesedihan dan duka lara.

Semoga sahabatku sudah belajar bahawa perpisahan tidak harus ditangisi, diratapi, disesali. Perjumpaan bukan pula harus mmbuat kita blebihan dlm merasa senang & bahagia. Allah menetapkn batas2 kehidupan sesuai dgn kadar-Nya. Maka, sebaik2nya manusia mnjaga batas2 tersebut dgn sebaik2nya..

Apabila ada waktu bagimu sahabat untuk menziarahi, maka ziarahlah. Tetapi, apabila waktu itu blum tiba jua, krn urusanmu menapaki jln pencarian kesejatian dirimu, maka engkau dpt menundanya, dan aku hanya dpt mengirim doa & munajat dari sini..

Salam sayang sahabat..

Sunday, August 29, 2010

Wasiat

Inilah wasiatku padamu :

Sembahlah Allah dengan cinta. Cintai Dia dengan rindu. Dia Yang Maha Lembut, Yang Maha Indah, Yang Maha Mulia. Sembahlah Dia dalam Keadaan senang dan sengsara, sedih dan bahagia.

Cintailah Rasulullah SAW dan keluarganya. Kenali siapa-siapa yang menjadi keluarganya. Bertawassullah kepada mereka kerana merekalah sedekat-dekatnya hamba di hadapan Tuhannya.

Sebagai Muslimah, contohilah Sayidatina Fatimah. Hidupnya diberkahi dengan kesucian, dengan kecerdasan, dengan keluhuran, dan kemuliaan. Bacalah tasbih az-Zahra di setiap harimu..

Jangan memutuskan silaturrahim, walau kepada mereka yang telah menyakiti hati. Jangan membalas sakit hati dengan sakit hati pula, kerana hal itu hanyalah tindakan orang-orang jahil dan jauh daripada Allah SWT. Pandang dan jadikan hidup ini sebagai ibadah kepada Allah, sebab hanya dengan cara itu, engkau akan selalu sedar akan keberadaan-Nya, akan Rahman dan Rahim-Nya.

Wajah hidup ada dua sisi. Satu sisi, bahagia. Sisi yang lain, sengsara. Baik bahagia dan sengsara, selalu berusahalah untuk bersyukur dan bersabar kepada-Nya. Bersyukur itu lebih mudah daripada bersabar. Maka, belajarlah untuk memudahkan dirimu supaya mendapatkan sabar. Sabar terhadap musibah, sabar terhadap bencana, dan sabar terhadap kehilangan dan kematian.

Jadilah Muslimah sebagaimana yang dikehendaki Allah. Dan jangan jadikan darjat Muslimah di bawah darjatmu sebagai perempuan. Kita boleh lahir di mana-mana. Kita boleh lahir pula di Iran, di Iraq, di Afghanistan, di Mesir, di mana-mana. Tetapi ingatlah bahawa semua yang aku sebutkan tadi hanyalah tempat. Tempat di mana kita lahir. Jangan jadikan tempat sebagai alasan untuk menjadi seoarang Muslimah, tetapi menjadi Muslimahlah di mana pun tempatmu berada. Bukan kerana kita gadis Jawa yang kebetulan menjadi Muslimah, tetapi kita adalah Muslimah yang kebetulan lahir di Jawa.

Ini hanyalah sekadar permintaanku. Aku berharap engkau dapat memenuhinya. Tetapi, jikalau engkau tidak dapat memenuhinya, aku akan bebaskan dirimu dari permintaan ini. Maafkanlah segala kesalahanku kepadamu, baik yang aku sengaja mahupun tidak. Dan sudilah kiranya engkau membantuku dengan doa dan munajat kepada Allah, sbb aku sudah tidak dapat lagi berdoa dan bermunajat kepada- Nya. Aku sudah berada di ambang pintu untuk dipertanggungjawabkan perbuatan-perbuatanku. Aku sudah tidak memiliki kesempatan lagi untuk berharap dan meminta.

Semoga Allah memberikan panjang umur kepadamu, dan memberikan berkat umur dalam hidupmu…

(Karya : Taufiqurrahman al-Azizy dari Novel – Munajat Cinta 1)

Tuesday, August 17, 2010

Menanggung Kerja?


Walaupun bulan puasa, rutin kerja tetap berjalan seperti biasa. Saya yang dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Unit Latihan dan Kualiti memang tak menang tangan nak jaga unit ini. Tapi last week masih terngiang-ngiang kata-kata dari PSU mengatakan saya harus menanggung kerja untuk Unit Pengurusan Sumber Manusia pula..tergamam saya seketika..pening, kusut, takut, mencabar..semua ada..

Bukan saya tidak mahu akan tanggungjawab.. siapa tak nak kan tanggung kerja dan dibayar dengan nilai yang berbaloi..klu campur tolak bahagi tambah pon mahu masyuk gaji sepanjang menanggung nie..tapi hakikat sebenar bukan mudah..hurmmm..

USM sahaja ada 4 seksyen..ULK pon dah ada 2 seksyen..hurmmmm..

Friday, August 13, 2010

Kepada si Dia


Makin hari hati makin berbunga..rahmah kasih sayang Allah menemukan kita.
Sungguh tak terduga, ketika hati ini masih berdarah disebabkan sedihnya kerana
dikecewakan oleh hati-hati mereka yang sentiasa berjanji namun pandai berdusta..

Terima Kasih Ya Allah..walaupun Engkau telah mengambil seseorang yang aku sayangi, dengan perginya Ayah menyambut panggilan Mu Ilahi..namun Engkau adalah penciptaku yang penuh mengasihi. Tidak Engkau biarkan aku bermuram durja..nyata kau gerakkan hatiku iniuntuk menerima sidia.

Ku pohon padamu Ya Allah..moga jodoh kami berpanjangan dengan limpahan rahmah kasihmu agar kami dapat bersama membina Baitul Muslim. Ku mohon padamu wahai 'Teman'..hati ini telah banyak dikecewakan oleh kaum Adam sepertimu..namun aku redha kerana aku tahu, Allah akan menggantikan ciptaan yang terindah untuk ku..usah gentar dengan rezeki yang engkau miliki tidak sehebat mereka yang mendampingiku sebelum ini. Kerana bukan itu yang ku cari, namun sebaliknya cinta dan iman yang engkau miliki itulah membuatkan aku rela melepaskan mereka yang sentiasa melalaikan hati yang lemah ini..

Semoga rezekimu berpanjangan dan jodoh kita bersama..from Umi to Abi (S&S)..ILU & IMU :-)

Mode : Puasa

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh-NYA untuk kembali ke tahun ini menjalani ibadah puasa. Indah pemberian dan rahmat tuhan kepada hambanya.

Ramadhan Al-Mubarak, seperti tahun-tahun sebelum ini Majlis Agama Islam Selangor sekali lagi mengadakan tadarus sebagai pengisian di bulan ramadhan..Alhamdulillah Ya Allah!

Kali ini saya telah diberi watikah menjadi Naqibah. Naqibah? apa tue..hehe mula-mula memang agak cuak juga namun selepas diberi penerangan dan mengadakan perjumpaan bersama Naqib Qubra, satu tanggungjawab besar sebenarnya untuk menjadi ketua Usrah. Jika dahulu waktu di UUM saya sempat menghadiri sekali sekala sahaja, namun kini tanggungjawab ini perlu digalas dengan seikhlas mungkin. Insya'Allah bimbingan dari para ustaz dan utazah yang sudah terbiasa dengan gaya hidup Usrah dan Halaqah semasa berada dalam kampus di Al-Azhar, Uni di Jordan dan sebagainya mampu memberi panduan kepada diri ini. Mohon yea ustaz dan ustazh..saya ini budak baru belajar :-)

Saturday, May 22, 2010

Berjalan-jalan mencari sesuatu yg sihat


Salam. Sakit kaki hari nie berjalan dan bersenam bersama kawan-kawan. Mungkin sebab dah terlalu lama mem "bz" kan diri. Sungguh hari nie sangat memenatkan, tapi terasa kepuasan sebab selain dapat bersenam, saya dapat menambah kenalan. Malah kehadiran rakan kesayangan (Shazuliana) sangat membuatkan hati ini berbunga-bunga. Suka tengok reaksi terujanya bila dibawa berjalan-jalan ke Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya niat nak membawa dia berjalan ke Bandar Dalam Taman nie termakbul juga. Malah sempat juga kami menyinggah ke tempat kerja :-)

Usai kami bersenam, kami mula makan tengahari dan berjalan di sekitar PKNS. Amboi meriah dengan pelbagai promosi barangan dan yang menduga iman bila melihat banyak baju-baju kurung yang sangat cantik. Tapi yang pasti, saya datang dengan tujuan yang satu iaitu untuk membeli Tafsir Al-Quran.

Alhamdulillah sekiranya kita sentiasa mengingat kepada-NYA, InsyaAllah Dia akan sentiasa mengingati kita juga. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku limpahan rezeki dan memudahkan urusanku pada hari ini. Semoga selepas ini saya lebih rajin untuk membuka "Buku" baru saya ini untuk panduan hidup dunia dan akhirat. Amin..

Perjalanan saya hari ini bermula sekitar jam 7 pagi dengan bersenam di Taman Tasik Shah Alam, makan tengahari di Seksyen 2, berjalan-jalan ke PKNS, membeli Tafsir Al-Quran, Mandi dan Solat di Masjid Negeri dan akhirnya ke destinasi kembali ke rumah dan berehat sekitar jam 6petang..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..Jadi macamana dengan hari anda?.. :-)

Saturday, May 1, 2010

Senaman

1 Mei 2010

Salam..sudah lama tidak update blog ini. Untuk hari ini setelah bangun pagi menunaikan solat fardhu subuh, terfikir akan janji bersama rakan setugas MAIS untuk melakukan aktiviti riadah pagi di Taman Tasik Shah Alam.

Demi semangat kawan dan janji yang telah diberi, saya tetap gagahkan diri juga untuk memandu seawal 7.45pagi dari Cheras ke Shah Alam. Hehe..terasa macam di Cheras ini tidak ada tempat untuk bersenam pula. Walhal Taman Tasik Permaisuri adalah tempat paling famous untuk warga Kuala Lumpur melakukan aktiviti seperti ini. Tak apelah janji saya bersama rakan-rakan.. :p



Saya sampai disana seawal pukul 8.25pagi dengan cara pemanduan yang berhemah. Bukan apa ini disebabkan surat saman yang sampai akibat Speed Trap pada 28/4/2010. Hurm tak sedar kan memandu main tekan saje minyak tu..rupa-rupanya dah terlebih. Speed trap di Lebuh KESAS, sepatutnya 90km but saya dh memandu 113km..huhu. Saya mengambil ini dari sudut positif sebab kesalahan memang di pihak saya. Semoga selepas ini saya lebih berhati-hati.

Sampai disana, saya menghubungi Pegawai Undang-Undang MAIS (Cik Nurhanisalwa).Agak terlewat katanya jadi saya mulakan dengan berjalan-jalan di sekitar tasik dan berlari-lari anak. Akhirnya saya terus berjoging dengan niat untuk pusing satu tasik. Disebabkan ini adalah kali pertama saya di Taman Tasik Shah Alam, tidak saya sangka rupanya tasik ni besar..peluh sudah mula memercik disana-sini. Dari Kedai Kopi saya berlari ke Wetland..dan tetiba dapat call supaya berkumpul kerana senaman aerobik akan bermula. Huh penat nie..akhirnya saya patah balik laa..itu sahaja yang mampu :p

Sampai sahaja disana, saya disape oleh mereka..

"Semangat sungguh awak yea..yeah itu yg kita nak"..kata Puan Saadah. Saya cume tersenyum-senyum sahaja dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tiba waktunya, aerobik bermula bersama dengan team Herbalife..wahhh inilah kali pertama sebenarnya saya join aerobik. Selama ini saya hanya biase beratur untuk mulakan Taeguk (Taekwando). Memang kaku sungguh dengan pelbagai step tarian aerobik, keras sungguh..tapi buat saje laa..hehe

Akhirnya, berjaya juga saya dan Kak Hani menghabiskan senam aerobik kami. Terima kasih sis sebab ajak saya join sekali. Bila dah berisi sikit badan ni, baru terasa 3 tahun lalu saya telah menjalani kehidupan yang sangat kurang sihat. Sebab itu bila di chek berat badan, kalori, tenaga, otot, lemak dan segalanya..saya seperti sedang hidup 52 tahun!!!..huh tak sanggup..

Jadi selepas ini saya akan meneruskan hidup dengan cara yang lebih sihat dan menjaga pemakanan saya..terasa lebih semangat kerana ada kawan yang turut serta. Jadi, anda bila lagi??..jom kita SIHAT!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...