The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Friday, August 13, 2010

Kepada si Dia


Makin hari hati makin berbunga..rahmah kasih sayang Allah menemukan kita.
Sungguh tak terduga, ketika hati ini masih berdarah disebabkan sedihnya kerana
dikecewakan oleh hati-hati mereka yang sentiasa berjanji namun pandai berdusta..

Terima Kasih Ya Allah..walaupun Engkau telah mengambil seseorang yang aku sayangi, dengan perginya Ayah menyambut panggilan Mu Ilahi..namun Engkau adalah penciptaku yang penuh mengasihi. Tidak Engkau biarkan aku bermuram durja..nyata kau gerakkan hatiku iniuntuk menerima sidia.

Ku pohon padamu Ya Allah..moga jodoh kami berpanjangan dengan limpahan rahmah kasihmu agar kami dapat bersama membina Baitul Muslim. Ku mohon padamu wahai 'Teman'..hati ini telah banyak dikecewakan oleh kaum Adam sepertimu..namun aku redha kerana aku tahu, Allah akan menggantikan ciptaan yang terindah untuk ku..usah gentar dengan rezeki yang engkau miliki tidak sehebat mereka yang mendampingiku sebelum ini. Kerana bukan itu yang ku cari, namun sebaliknya cinta dan iman yang engkau miliki itulah membuatkan aku rela melepaskan mereka yang sentiasa melalaikan hati yang lemah ini..

Semoga rezekimu berpanjangan dan jodoh kita bersama..from Umi to Abi (S&S)..ILU & IMU :-)

3 comments:

  1. "usah gentar dengan rezeki yang engkau miliki tidak sehebat mereka yang mendampingiku sebelum ini. Kerana bukan itu yang ku cari, namun sebaliknya cinta dan iman yang engkau miliki itulah membuatkan aku rela melepaskan mereka yang sentiasa melalaikan hati yang lemah ini.."

    suke dgn sentence atas ni....:)

    ReplyDelete
  2. ngeee...ada makne tue sebenarnya :p

    ReplyDelete
  3. tp mmg betul sgt... mudah2an dpt jmpa dgn seseorang yg boleh riangkan hati ni..hehehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...