The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Sunday, December 5, 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam mengisi masa lapang dan sangat terluang ni, saya sangat suka menghabiskan masa dengan membaca novel-nove islami. Mungkin peredaran masa kot, kini saya lebih suka karya-karya seperti ini. Yg pasti kini saya mempunyai beberapa koleksi novel hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis muda yang sangat berbakat dan yang penting message dakwah yang disampaikan sangat mudah untuk difahami dan terlekat dihati. Setakat ini saya mempunyai 3 novel beliau dan saya sedang mencari hasilnya yang lain. Hasil pembacaan bukan setakat saya seorang sahaja yang tahu, tapi akan saya smpaikan pada rakan-rakan yang sememangnya sedang mencari sesuatu bahan untuk mengisi masa mereka.

Ok kita bkenalan dengan Novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yea..


Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.


Saya terpaut pada kata-kata ini yang saya ambil dari iLuvislam.com:


Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan penulis ini kesempatan untuk berkarya yang mana setiap karya beliau banyak mendidik,memotivasi serta mengajak kepada sunnah Nabi SAW.Setiap novel beliau yang saya ikuti bukanlah sekadar novel biasa mahu pun novel cinta semata.Penulis pernah dinobatkan sebagai novelis sayembara mengarang novel Remaja DBP 2006.

Karya penulis ini adalah buah tangan beliau selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.Jesteru itu sedikit sebanyak pengalaman beliau berjaya dikongsi bersama dalam menghidupkan watak di dalam karya beliau kali ini,malah bagi saya sendiri seolah-olah watak dalam karya beliau kali ini adalah seperti jalan hidup penulis(fatimah syarha) sendiri sehingga ke alam perkahwinan.


sweet kan pasangat nie, semoga bertemu jodoh mcm nie juga utk saya :)

Penulis juga sedikit sebanyak berkongsi sunnah-sunnah dialam perkawinan di dalam karya kali ini dan juga panduan-panduan terhadap para isteri dan juga para suami serta para bakal suami isteri. Karyanya punya perbezaan dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, unik,tersendiri dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.

Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Setiap helaian dan setiap kata punya makna dan signifikannya kerana saya merasakan tulisan ini terbit dari hati dan jiwa yang murni. Ibarat menulis diari. Tulisan yang terbit dari hati. Keikhlasan menulis itu akan dapat dirasai oleh orang yang membacanya. Dari hati turun ke hati.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Saya kira 'pelaburan' yang anda lakuka untuk membaca buku ini tidak akan sia-si. Pelaburan itu pasti berbaloi malah akan mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri.

Bagi mereka yang sibuk, ambillah masa untuk membacanya juga. Tidak lama. Pengalaman saya, masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, saya sarankan kepada anda sekalian, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, saya yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.


Secara kritikalnya, tidak dinafikan ada terdetik di hati saya, kisah ini ‘terlalu sempurna’. Masih wujud lagikah golongan seperti ini pada zaman moden ini? Namun, cerita ini mungkin jauh dari dunia realiti yang kita lihat hari ini. Tapi andai dapat kita sematkan dalam diri prinsip mengejar keredhaan Ilahi sebagai pasak dan tunjang dalam diri, hidup hanya berdasarkan syariat yang benar bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi antara kita nak atau tak.

Teringat akan hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa kehidupan islam itu pada satu masa akan menjadi asing sekali berbanding kelompok manusia yang lain.

Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari. Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini..

**Creadit to Fatimah Syarha. Semoga usahamu diberkati-Nya, Ameen..


9 comments:

  1. Salam sis, kat mana ada jual novel ni? MPH ada kot??

    ReplyDelete
  2. ada..harga x mahal sis dlm rm12 je.blh bg motivasi n pnduan :)

    ReplyDelete
  3. i pon nk cari jg..or mybe can borrow frm u. as my guidance :)

    ReplyDelete
  4. tgn memberi lbh baik dr mnerima dear :p

    ReplyDelete
  5. dah lama tak baca novel..last rasa masa blajar dulu.

    ReplyDelete
  6. lame jg tue..tp x pe kak ana mmg suka bab baca membaca nie kan..hehe

    ReplyDelete
  7. owh nk kena cari ni a.s.a.p...sis, teringin nk jmpa personally...agaknye bile kite leh jmpa ye...:) kalau trun ipoh let me know k....:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...