The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Sunday, March 14, 2010

Satu Pengenalan


Ahmadulillah syukur nikmat Ilahi..saya masih mempunyai masa untuk membuka warkah baru untuk pertama kalinya. Rasanya kemahiran menulis ini sudah lama tidak diaplikasi apatah lagi sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan pengajian di universiti.

Satu Pengenalan - rasanya sangat sesuai untuk orang baru yang berjinak-jinak dengan dunia bloggers ini. Sebelum ini sibuk membuka dan membaca rakan-rakan punya blog. Jadi kali ini apa salahnya jika saya mencuba. Sekurang-kurangnya mungkin boleh berkongsi pengetahuan dan sebagainya.

Saya baru pulang dari Kursus Pengurusan Islam di INTAN Bukit Kiara. Alhamdulillah sepanjang kursus yang dijalankan, terlalu banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat. Apatah lagi ia berkaitan dengan ilmu-ilmu islam yang pada pendapat saya semua orang perlu belajar dan mengetahuinya. Selama ini kita terlalu banyak menggunakan pendekatan konvensional hingga kita lupa bahawa Tamadun Islam itu telah lama terbina dan kaedahnya adalah lebih sesuai dan lebih indah jika digunakan dalam kehidupan mahupun pengurusan atau pentadbiran diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara amnya.

Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada alaf baru ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik oleh mana-mana pihak sama ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana institusi kerajaan bagi membangunkan disiplin pengurusan yang benar-benar dilandaskan kepada kesatuan dua bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli yang boleh dicapai melalui empat saluran ilmu yakni:

i. Pancaindera (kaedah empirikal);

ii. Khabar Sadiq (al-Qur’an, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir);

iii. ‘Aql Salim; dan

iv. Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh Allah atas jiwa yang mutma’innah).

Hal ini akan lebih lanjut saya sentuh bila saya ada masa untuk meng'update' blog saya kemudian ye. Insya Allah..Saya tidak mahu pengenalan blog ini terlalu berat pula nanti :-)

Jadi Insya Allah semoga saya masih ada kesempatan untuk meneruskan warkah-warkah yang lain..doa-doakan..Salam Ukhwah dari saya - Shafinas..

1 comment:

  1. i like this picture bcause u look like 'mengantuk' wakakaa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...