The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Saturday, May 14, 2011

Majlis Khitbah..7 Mei 2011




Salam semua..


7 Mei 2011, Alhamdulillah selamat sudah menjadi tunangan orang..walaupun majlisnya sederhana, namun tetap terasa kemeriahannya dgn kehadiran adik beradik, saudara mara, sahabat dan jiran tetangga..walaupun org tua tercinta telah meninggalkan kami di dunia ini..

Majlis tautan hati ini disempurnakan dengan bacaan tahlil & doa selamat dari jemputan kariah surau taman. Alhamdulillah jemputan semua berada tenang dan majlis berjalan lancar sempurna seperti yang dirancang dilaksanakan selepas usai solat Zohor. Syukur Ya Allah..Namun kemudian tiba pula rombongan lelaki menjejakkan kaki ke teratak kami. Ya Allah dup-dap-dup-dap!! jantung ini bergetar hebat sebenarnya..namun cuba berlagak biasa.

Seperti yang dirancang, Pakcik/Ustaz Hassan iaitu kawan arwah ayah menjadi orang tengah pihak perempuan. Aku yang kekalutan sbb masih lagi tengah bersiap dan bayangkan pukul 1.30petang masih lagi berada di Tg.Malim..heee dah tue bila dah siap di makeupkan kene pula drive kereta, aduaiii salah org aku bawa utk temankan. Kak Ngah sengih jek smbil kata 'Adik, ko da salah bawa org nih..angah mana pandai bawa kereta'..hahaha cehhh sengal2 je rase time tue..bila pulang, aku park kereta di belakang rumah sbb malu muka dah comot disebabkan makeup yang tebal nih..ayooyooo..CAIR okeeyyy!! anyway aku x suka pon makeup nih..tue pon last minute punya kerja (lain kali tobat nak wat lagi)..

Dalam cuaca yang panas, dan lagi membahangkan nie...bilik utama pulak kipasnya rosak. Ya Allah dugaan betol..so ape lagi, masuklah bilik yg dah penuh dengan kerusi sofa yang kami simpankan tue. Haaa...sebelum tu sibuk aku memanggil Cik Linda & Cik Dila (sahabat waktu sekolah dulu) utk tolong aku membetolkan tudung yang dipakai sbb kakak yang siapkan aku tue sbb dia buat tudung aku terlalu singkat..hishhh x berkenan. Tengah2 siap Kak Long kata cepat dik, dah nak sarung cincin nih..ayoooo what can i say..keluar je la labu...hik hik hik..tuuuu diaaa..muka pon dah mcm tepung gomak..

Keluar je bilik menghala ke pelamin mini di ruang tamu rumah..sibuk semua peminat tangkap gambar. Ya Allah sekali lagi aku beristighfar...macam ni rupanya jadi orang penting majlis..SEGANNYAAAA...aku segan sebab orang tengok aku bermakeup tebal macam opera cina nie. klu x makeup boleh berlagak selamber je kot..satu2 muka aku tengok. Uittt mcm mana bakal tunang boleh ada dalam rumah nie..makkkk aiiii sengannya. Tak berani nak angkat muka... :D aiiiyyyooo kantoi sudaaa..nape la ddk menghadap sy nie :b

Selepas tangan disarung cincin, salam dan ciuman dari bakal mertua..lega rasanya. Alhamdulillah selamat sudah pertunangan antara kami berdua...heee. Balik dari kenduri, En.Tunang sempat memberi msg mengucapkan terima kasih :) terharu rasanya..terus buat sujud syukur..

Malas nak cite ni, hehe jom layan gambar Y(^_^)Y


Gambar baju tunang saya..hehe beli kain kat Jakel. Alhamdulillah hasilnya..








Mak En.Tunang sedang menyarungkan cincin ke jari manis.. tq :)






Memohon restu seorang ibu..moga jodoh kami bersama






Hadiah dari tersayang..terima kasih




Cincin yang kini tersarung di jari manis ^-^






Bersama seorang ibu






Sahabat yang setia menemani dan meriahkan majlis




Hantaran kedua belah pihak..hehe nampak lelaki kemeja itula En.tunang :D





~~peace ya~~ hehe tahan ketaaaqq ^_~




Moga Allah memudahkan urusan & keberkatan jodoh kita..ameennn Ya Allah!!


*p/s : nak tgk lebih jom pi fb :)))

6 comments:

  1. Tahniah Syafinaz.. Moga dipermudahkan dan dikekalkan jodohnya..:)

    ReplyDelete
  2. tq all..doakan yg terbaik utk sis berdua :))

    ReplyDelete
  3. tahniah sis....seronok bc entry ni...rase teringin pulak melalui detik tu nanti...doakan sy ye...:)

    ReplyDelete
  4. muna : terima kasih dik. muna mesti ada peluang..sabar tue pahala, InsyaAllah:)

    kak ana : terima kasih, mohon doa utk semua yer :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...