The Countdowns :))

Daisypath Vacation tickers

Sunday, December 5, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam mengisi masa lapang dan sangat terluang ni, saya sangat suka menghabiskan masa dengan membaca novel-nove islami. Mungkin peredaran masa kot, kini saya lebih suka karya-karya seperti ini. Yg pasti kini saya mempunyai beberapa koleksi novel hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis muda yang sangat berbakat dan yang penting message dakwah yang disampaikan sangat mudah untuk difahami dan terlekat dihati. Setakat ini saya mempunyai 3 novel beliau dan saya sedang mencari hasilnya yang lain. Hasil pembacaan bukan setakat saya seorang sahaja yang tahu, tapi akan saya smpaikan pada rakan-rakan yang sememangnya sedang mencari sesuatu bahan untuk mengisi masa mereka.

Ok kita bkenalan dengan Novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yea..


Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.


Saya terpaut pada kata-kata ini yang saya ambil dari iLuvislam.com:


Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan penulis ini kesempatan untuk berkarya yang mana setiap karya beliau banyak mendidik,memotivasi serta mengajak kepada sunnah Nabi SAW.Setiap novel beliau yang saya ikuti bukanlah sekadar novel biasa mahu pun novel cinta semata.Penulis pernah dinobatkan sebagai novelis sayembara mengarang novel Remaja DBP 2006.

Karya penulis ini adalah buah tangan beliau selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.Jesteru itu sedikit sebanyak pengalaman beliau berjaya dikongsi bersama dalam menghidupkan watak di dalam karya beliau kali ini,malah bagi saya sendiri seolah-olah watak dalam karya beliau kali ini adalah seperti jalan hidup penulis(fatimah syarha) sendiri sehingga ke alam perkahwinan.


sweet kan pasangat nie, semoga bertemu jodoh mcm nie juga utk saya :)

Penulis juga sedikit sebanyak berkongsi sunnah-sunnah dialam perkawinan di dalam karya kali ini dan juga panduan-panduan terhadap para isteri dan juga para suami serta para bakal suami isteri. Karyanya punya perbezaan dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, unik,tersendiri dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.

Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Setiap helaian dan setiap kata punya makna dan signifikannya kerana saya merasakan tulisan ini terbit dari hati dan jiwa yang murni. Ibarat menulis diari. Tulisan yang terbit dari hati. Keikhlasan menulis itu akan dapat dirasai oleh orang yang membacanya. Dari hati turun ke hati.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Saya kira 'pelaburan' yang anda lakuka untuk membaca buku ini tidak akan sia-si. Pelaburan itu pasti berbaloi malah akan mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri.

Bagi mereka yang sibuk, ambillah masa untuk membacanya juga. Tidak lama. Pengalaman saya, masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, saya sarankan kepada anda sekalian, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, saya yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.


Secara kritikalnya, tidak dinafikan ada terdetik di hati saya, kisah ini ‘terlalu sempurna’. Masih wujud lagikah golongan seperti ini pada zaman moden ini? Namun, cerita ini mungkin jauh dari dunia realiti yang kita lihat hari ini. Tapi andai dapat kita sematkan dalam diri prinsip mengejar keredhaan Ilahi sebagai pasak dan tunjang dalam diri, hidup hanya berdasarkan syariat yang benar bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi antara kita nak atau tak.

Teringat akan hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa kehidupan islam itu pada satu masa akan menjadi asing sekali berbanding kelompok manusia yang lain.

Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari. Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini..

**Creadit to Fatimah Syarha. Semoga usahamu diberkati-Nya, Ameen..


Saturday, December 4, 2010

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1432




Assalaamu’alaikum wr wb

Doa Awal Tahun (dianjurkan dibaca pada awal tahun hijriah, yakni 1 Muharram, setelah shalat maghrib), berikut ini doanya:




Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah Swt. senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (dahulu) lagi awal dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan kedermawananMu tempat-tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami mohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

Semoga Allah Swt. senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan para sahabatnya.

Doa Akhir Tahun (dianjurkan dibaca pada akhir tahun hijriah, yakni pada tanggal 29/30 Dzulhijjah, setelah shalat ashar). Berikut ini doanya:



Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah Swt. melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah kukerjakan selam tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku, dan Engkau telah mengajakku bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, aku mohon ampunanMu dan berilah ampunan kepadaku dengan kemuarahanMu. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad saw., beserta keluarga dan para sahabatnya.

Semoga Allah Swt memberkahi kita semua dan memudahkan segala urusan kita. Tahun 1430 H sudah meninggalkan kita dan tahun 1431 H kita awali dengan niat dan doa serta berharap kehidupan kita kian lebih baik lagi. Bagi pribadi kita, keluarga kita, kaum muslimin, dan dakwah serta perjuangan penegakkan Islam.


Wallahua'lam..doa di atas diambil oleh saya pd blog yg terlupa untuk saya sertakan add nyer. Mohon share yea :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...